Podcast E-Sukan Episode 8
16 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 15 Mac 2025 yang lepas, NADI Sungai Bandung telah mengadakan Podcast Kesedaran NADI X E-Sukan untuk Episode 8 yang bertajuk “Dari Pemain Ke Pengurus : Membangun kerjaya dalam e-Sukan”. Podcast ini telah disampaikan oleh Encik Amirul Haiqal yang merupakan Esports Trainer dari Todak Academy.
Dunia eSukan bukan sekadar tentang bermain permainan video, tetapi juga membuka peluang kerjaya yang luas, termasuk sebagai pengurus pasukan. Ramai pemain profesional akhirnya beralih menjadi pengurus setelah menimba pengalaman dan memahami industri ini secara mendalam. Perjalanan dari pemain ke pengurus memerlukan kemahiran tambahan seperti kepimpinan, strategi pengurusan, dan komunikasi yang efektif.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: